Dalam perkembangan terkini, Ketua Polis Perak Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid menerusi satu kenyataan berkata, polis telah memanggil semua pelajar yang terlibat dalam video tular untuk membantu siasatan.
Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Selain pelajar berkenaan, turut dipanggil adalah pemilik akaun sosial yang berkongsikan video bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan.
Berdasarkan siasatan awal, kejadian buli itu berlaku antara jam 1 hingga 2 pagi pada 9 Disember 2021. Mangsa dan tujuh suspek remaja merupakan pelajar tingkatan 1.
Pihaknya turut menerima laporan berkaitan kes daripada pengetua sekolah pada jam 1 tengah hari hari ini selepas video tular.
Dalam kenyataan itu, pihak polis menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat selain dibimbangi dapat mengganggu proses siasatan.