Perkongsian Johan dan isterinya, Ozlynn Wati di media sosial seringkali mendapat pujian peminatnya kerana banyak memberikan inspirasi buat pasangan suami isteri yang lain.
Jaga anak di rumah, beri kad bank suruh isteri shopping
Baru-baru ini, Ozlynn yang juga merupakan seorang pelakon memuatnaik satu hantaran di Instagram miliknya dan Johan berkongsi bahawa suaminya itu sering memberikan ‘me time’ kepadanya.
Menerusi hantaran itu, Ozlynn berkongsi Johan memberikannya ruang untuk mempunyai ‘me time’ dan mengambil alih tanggungjawab untuk menjaga anak-anak di rumah.
Pelakon itu turut berkongsi bahawa Johan tidak kedekut kerana selalu memberikan kad debitnya untuk Ozlynn berbelanja sewaktu ‘me time’.
Papa bagi kad bank dan cakap, pergi la enjoy
Netizen puji sikap Johan terhadap isteri dan anak-anaknya
Perkongsian Ozlynn itu mendapat komen dan respon dari rakan artis dan netizen. Rata-rata mereka memuji sikap Johan yang tidak pernah berkira untuk mengeluarkan duit buat isteri dan anak-anaknya.