Malam tadi Ohmedia ada naikkan berkenaan isu seorang ‘pakar motivasi’ media sosial yang terkenal iaitu Andika Putera yang telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu curang.
Andika bagaimanapun telah mengeluarkan satu video permohonan maaf di Instagram rasminya malam tadi dan mengakui kesilapannya.
Dika seiklas hati nak minta maaf atas video yang menjadi isu. Dika minta maaf seiklas hati dika. Salah Dika dengan cara penyampaian Dika, boleh misleading ramai orang. – Tulisnya.
Andika juga menyatakan niat untuk dia berkata begitu hanyalah ingin menyedarkan orang ramai tidak menilai sesiapa kerana tiada yang sempurna.
Lepas ni, Dika akan lebih berhati-hati dengan apa sahaja content untuk upload di internet.Dika harap melalui ujian yang Dika hadapi ni, pasti ada hikmah untuk Dika. Dika akan baiki dan improve diri Dika dari segi segala aspek penyampaian, ilmu, dan segalanya. – Tulisnya lagi.
Mungkin niat Andika betul tetapi cara penyampaiannya yang membuatkan ramai orang salah faham dan menilai sebaliknya. Apa-apapun jika kita ingin mengulas apa-apa soal agama rujuklah dahulu kepada mereka yang pakar tentang agama.