Oh! Artis
Netizen Kecam Zizi Kirana Sertai Misi Gaza
Zizi Kirana terkilan bila ada netizen pertikai artis sertai misi bantuan Gaza, siap beri penjelasan padu.
Penyanyi popular, Zizi Kirana akhirnya bersuara selepas timbulnya cakap-cakap kurang enak daripada segelintir netizen mengenai penglibatan artis dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Bagi Zizi, misi ini bukan soal populariti atau sekadar menonjolkan diri, tetapi tanggungjawab besar untuk membantu saudara Islam yang sedang berdepan dugaan di bumi bergolak itu.
Netizen terus pertikai keikhlasan artis termasuk Zizi Kirana…

Dalam hantaran di Instagram story, Zizi tak dapat menyembunyikan rasa kecewa bila melihat ada pihak yang masih mempertikaikan peranan selebriti dalam misi sebegini.
Sedikit kecewa dengan pemikiran orang-orang tak habis dengan pertikaian. Pertikai kenapa artis pergi misi, belum lagi ada yang pertikai hukum wanita pergi misi. Dah terang-terang mufti bagi jawapan taknak dengar.- Tulisnya.
Kata Zizi lagi, dia sebenarnya enggan melayan segala kritikan, tapi terpaksa juga tampil menjelaskan agar orang ramai tidak terus salah faham.
Harap semua fokus pada misi bantuan…

Dalam masa sama, Zizi menyeru agar orang ramai menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting iaitu usaha memberikan bantuan kepada penduduk Gaza yang kini dalam kesusahan.
Sekarang ni yang lebih utama, kita bersama-sama fokus untuk misi membantu saudara Islam di Gaza.- Jelas penyanyi berusia 40 tahun itu.
Dia turut tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan sepanjang penglibatannya dalam misi berkenaan.

Pssttt! Kadang-kadang, orang suka menjatuhkan hukuman tanpa fikir panjang. Apa kata kita ubah sikit cara pandang, daripada sibuk mencari salah, lebih baik kita doakan yang baik-baik. Macam Zizi cakap, yang penting sekarang bukan pertikaian, tapi sama-sama bantu dan sokong misi kemanusiaan.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM