Trending

Netizen Dakwa Pemergian Ashraf Sinclair Disebabkan Guna Mesin Seperti ‘Sit Up’?

Published on

Sepertimana yang korang tahu Ashraf Sinclair telah kembali kepada PenciptaNya pada dua hari yang lepas akibat serangan jantung memang betul-betul mengejutkan industri seni Malaysia dan juga Indonesia pada usianya yang masih muda.

Baru-baru ini, netizen membuat spekulasi di ruangan komen video Instagram @ashrafsinclair bahawa pemergiannya adalah disebabkan penggunaan mesin seperti melakukan sit up sebanyak 20,000 kali hanya dalam 30 minit sahaja.

Oleh sebab itu, bersenam secara ekstrem telah menyebabkan arwah mendapat serangan jantung. Alahai, Ohmedia bukan nak back up mana-mana pihak tetapi ajal maut memang sudah ditentukan oleh Allah SWT.  

Jadi, lebih baik kalau kita semua sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah dan mendoakan agar beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

OHMEDIA: KITA JANGANLAH MEMBUAT SPEKULASI SENDIRI KERANA AJAL MAUT DITENTUKAN OLEH ALLAH SWT.

Comments

Exit mobile version