Mi segera merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. MyKuali merupakan salah satu jenama mi segera bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di luar negara.
MyKuali ‘Penang White Curry’ telah dipilih sebagai mi sup segera terbaik dan ditempatkan sebaris dengan jenama-jenama mi segera antarabangsa yang lain. NY Mag telah meletakkan ranking pertama bagi Penang White Curry yang dinilai oleh chef dan penulis makanan Amerika.
Nikmat memuaskan
Menurut Kosmo, Lucas Kwon Peterson merupakan kolumnis makanan bagi Los Angeles dan telah mengumpulkan senarai mi segera paling popular sejak dari tahun 2019.
Saya suka MyKuali kari putih, mengandungi cili hijau yang membuatkan kari putih mempunyai rasa pedas yang memuaskan.
Lucas Kwon Peterson juga mengatakan MyKuali senang untuk didapatkan secara online. Berdasarkan The Strategist website, Penang White Curry ini boleh dibeli di Walmart dengan harga $15, lebih kurang RM60 untuk empat bungkus Penang White Curry.
Bangga betul dengan pancapaian MyKuali, mesti lepasni susah nak cari sebab semua nak rasa. Memang nampak sangat menyelerakan Penang White Curry dari MyKuali ni! Korang dah cuba ke?