Connect with us

Oh! Media

Musa Nuwayri Kongsi Betapa Hebatnya Zizi Kirana Undang Perhatian Ramai

Ohmedia zizi Kirana

Oh! Artis

Musa Nuwayri Kongsi Betapa Hebatnya Zizi Kirana Undang Perhatian Ramai

Zizi Kirana dipuji sebagai ‘kakak sulung hebat kami’ oleh peserta Global Sumud Flotilla kerana keprihatinannya dalam misi kemanusiaan.

Penyanyi, Zizi Kirana menerima pujian apabila digelar sebagai ‘kakak sulung hebat kami’ oleh salah seorang peserta Global Sumud Flotilla (GFT), Musa Nuwayri.

Dalam satu hantaran di Instagram, Musa menzahirkan penghargaan kepada Zizi yang sentiasa mengambil berat akan keadaan ahli misi sejak bermulanya pelayaran membawa bantuan kemanusiaan itu.

Dia yang paling cakna dengan semua ahli misi. Apa-apa, dialah yang akan mesej saya. Dia itu tak okay, tolong tanyakan khabar. Dia tak sihat, tolong ‘adjust’ doktor. Terima kasih kak Zizi sebab ajar kami mengenai kasih sayang yang tidak pernah berkira.

“Sentiasa letak orang lain di hadapan” – Musa Nuwayri

Musa turut menyifatkan Zizi sebagai seorang yang sentiasa mengutamakan orang lain, menjadi penguat semangat dan penenang saat ada yang hampir berputus asa.

IKLAN

Selalu letak orang lain di hadapan, diri sendiri di belakang. Sentiasa tenang, jadi penguat semangat apabila ada di antara kita hampir rebah. Moga Allah kurniakan kesihatan, keberkatan dan ganjaran berlipat ganda atas setiap pengorbanan dan doa yang kakak titipkan buat kami semua.

Zizi Kirana bukan sekadar artis

Zizi Kirana

Bukan sahaja bergelar penyanyi, Zizi kini membuktikan dirinya juga seorang aktivis yang berhati besar dalam perjuangan kemanusiaan. Tindakan beliau ini membuatkan ramai lebih menghargai sisi lain dirinya yang penuh kasih sayang.

Pssttt! Kasih sayang dan perhatian kecil mampu memberi kekuatan besar pada orang lain. Belajarlah untuk sentiasa meletakkan kebaikan di hadapan, kerana itu seindah-indah warisan.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas