Connect with us

Oh! Media

Murid Hampir Dibuang Sekolah Dapat A SPM, Tapi ‘Pergi’ Sebelum Sempat Guru Ucap Tahniah

Ohmedia spm 2

Trending

Murid Hampir Dibuang Sekolah Dapat A SPM, Tapi ‘Pergi’ Sebelum Sempat Guru Ucap Tahniah

Tular di media sosial kisah menyentuh hati mengenai seorang murid yang serba kekurangan di dalam akademik.

BACA: Rafizi Ramli Syorkan Pelajar SPM Jadi Macam Dirinya, Akauntan Bertauliah

Ketika di Tingkatan 4, murid itu hampir dibuang sekolah kerana terlalu kerap ponteng kelas. Namun, atas usaha gigih GPK HEM dan kaunselor sekolah, dia akhirnya berjaya kembali ke bangku sekolah.

IKLAN

Hampir dibuang sebab selalu tak hadir sekolah

Spm

Biarpun murid itu lurus dan tidak mempunyai masalah disiplin, cabaran dalam dunia akademik yang penuh persaingan membuatkan dia rasa terasing dan sukar untuk menyesuaikan diri.

Apa yang membuka pintu hatinya kembali ke sekolah adalah apabila guru memasukkannya dalam kumpulan puisi dan lagu.

Walaupun tidak menang dalam pertandingan, minatnya dalam nyanyian membuatkan dia rasa dihargai dan lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah.

Meninggal dunia Isnin lepas, dapat A subjek kesukaan

Dalam subjek landskap yang diajar oleh gurunya, dia tidak pernah lulus peperiksaan. Namun begitu, dia tetap rajin, ringan tulang dan sentiasa berusaha menyiapkan tugasan walaupun hasilnya tidak sempurna.

Segala usaha akhirnya membuahkan hasil apabila dia berjaya mendapat A- dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.

Namun, guru tidak sempat mengucapkan tahniah kerana murid berkenaan telah meninggal dunia Isnin lepas.

Awak tak banyak dosa, nanti tolong saya kalau saya di sebelah satu lagi, pinta pada Tuhan supaya saya diampunkan.

Arwah dikatakan dijangkiti kuman selepas menjalani pembedahan apendiks.

Pssttt! Kadangkala, bukan keputusan peperiksaan atau kemenangan yang paling bermakna dalam hidup seseorang, tetapi rasa dihargai, diterima dan diberikan peluang untuk mencuba. Al fatihah untuk arwah.
Kredit: Facebook Muslim Ismail
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas