Trending

Abang E-Hailing Halau Budak Uni Masuk Kereta Lebih Had

Published on

Selain perkhidmatan awam seperti bas dan lrt, perkhidmatan seperti e-hailing turut memudahkan urusan seharian. Apabila nak kemana-mana, pesan je e-hailing dan korang akan dibawa ke tempat yang dituju. Tapi, sebagai penumpang korang pun kenalah ikut peraturan juga. Jangan main bedal je!

BACA: ‘Saya Nak Kejar Solat Jemaah’ – Lelaki Alami Perubahan Selepas Tukar Pekerjaan Jadi Pemandu E-Hailing

Seperti video viral di media sosial ini, pelajar universiti dihalau keluar daripada kenderaan selepas bilangan mereka melebihi had.

Naik lebih kapasiti penumpang

@safrah699 budak2 UM ni mana boleh nak msk 6 orng dlm keta kan dh kena cancel dkt university belajar apa benda basic pun tak tahu.. #ehailing ♬ original sound – safrah699

Kereta yang sepatutnya masuk 4 penumpang sahaja, tiba-tiba dimuatkan 5 orang penumpang menyebabkan pemandu e-hailing tegur.

Abang e-hailing tegur

Pada awalnya mereka buat tak endah siap cakap, ‘muat’ kerana saiz badan mereka kecil sahaja. Pemandu e-hailing bertindak tegas membatalkan pesanan itu dan mengarahkan mereka turun segera.

Setakat ini, video perkongsian telah mendapat lebih 2.5 juta tontonan dan ribuan komen. Rata-rata mengecam tindakan pelajar universiti yang enggan menempah kereta yang lebih besar sesuai dengan bilangan mereka.

Aduh, takkan tak tahu peraturan kot kan? Semoga video viral ini dijadikan pengajaran buat semua.

Kredit: TikTok @safrah699

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version