Oh! Artis

MK K-Clique Mahu Jaga Batas Dalam Lakonan Selepas Bergelar Suami

Published on

Penyanyi rap dan pelakon MK K-Clique, memaklumkan kini dia akan lebih berhati-hati dalam menjaga batas dalam lakonannya kerana sudah bergelar suami.

Menurut MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, dia mahu menghadkan batasnya dalam lakonan kerana sudah berumah tangga.

Malah, anggota kumpulan K-Clique itu turut tidak akan melanggar batas-batas yang ditetapkan.

Bahkan dalam lakonan itu sendiri, tidak semudah itu untuk seorang pelakon melangkaui batas.

Saya tahu perkara yang perlu saya jaga dan tidak akan sewenang-wenangnya melanggar had sebagai seorang suami. Jadi, semestinya saya akan jaga perkara itu.

Sedikit info, MK telah menamatkan zaman bujangnya pada 16 Jun lalu bersama dengan wanita pilihan hatinya iaitu Siti Hajaar.

BACA: Wanita Berpurdah Tiba-Tiba Peluk MK K-Clique Ketika Atas Pelamin, Siapa Tu?

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version