Isteri kepada penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis menerima tempias kecaman selepas suaminya bertindak memuat naik bukti didakwa ada kaitan dengan kes amang seksual seorang pendakwah.
Malah, PU Syed ada menegur Caprice supaya menguruskan aurat isterinya terlebih dahulu barulah layak digelar Tiger of Al-Quds.
PU Syed bagaimanapun minta maaf kerana mengaitkan isteri Caprice yang tiada kaitan dengan isu tersebut.
Masalah orang minda tertutup
Meninjau ke Instagram, Farra Inalis dilihat memuat naik status mengenai orang yang berfikiran tertutup. Menurutnya, masalah dengan orang seperti ini adalah mulut mereka sentiasa terbuka.
Walaupun status hanyalah ‘random’ tanpa ditujukan kepada sesiapa, netizen di ruangan komen memberikan pandangan mereka tersendiri.
Netizen berharap Farra dapat menasihati suaminya agar tidak mencampuri urusan yang sedang dalam siasatan polis.