Semalam genap sebulan kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam bulan syawal. Macam mana dengan sambutan raya korang tahun ini? Mesti seronok kan lagi-lagi bila dah boleh berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat andai.
Sudah pasti, ramai saudara-mara dan kenalan korang yang membuat jamuan serta rumah terbuka sempena perayaan tahun ini. Sebagai tanda menghargai jemputan itu, sudah pasti kita akan menghadiri untuk menikmati jamuan yang disediakan oleh tuan rumah.
Dapat dilihat wajah sugul terpancar di wajah kedua ibu bapa gadis ini yang menunggu tetamu mereka tetapi tidak kunjung tiba. Dapat juga dilihat pelbagai jenis makanan telah disediakan di atas meja.
Difahamkan, mereka menjemput tetamu untuk hadir jam 1 petang namun sehingga ke jam 7 petang, tetamu mereka itu masih belum menghadirkan diri.
Dari pukul 1 tadi tunggu tetamu tak muncul muncul, kesian ibu dan ayah saya. Sekarang sudah jam 7 malam. Makanan semua dah dihidang, kuih dan gula gula pun dah diisi.
Tetamu rupanya saudara di sebelah bapa
Menerusi video yang lain, Syiratul mendedahkan bahawa tetamu yang sepatutnya hadir pada jamuan hari raya tersebut merupakan saudara di sebelah bapanya namun tiada seorang pon yang menghadirkan diri.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kesian mereka terhadap ibu bapa Syiratul selepas tetamu mereka tidak muncul-mucul walaupun pelbagai makanan sudah disediakan.
Kesian keluarga Syiratul, pelbagai makanan dah disediakan tetapi tetamu tidak kunjung tiba. Sekiranya banyak rumah untuk dihadiri, sekurang-kurangnya hadirlah walaupun sekejap bagi menghargai tuan rumah.