Luluh hati seorang suami apabila mendapat tahu isteri sanggup berlaku curang di belakangnya. Lebih menyedihkan apabila isteri sampai duduk sebilik dengan kekasihnya yang berstatus suami orang.
Memetik laporan mStar, kejadian dilaporkan berlaku di Pinrang Sulawesi Indonesia. Difahamkan, si suami mula menyiasat isterinya selepas mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.
Daripada maklumat yang diperoleh, isterinya yang dikenali sebagai ER tinggal selama seminggu di sebuah bilik bersama kekasihnya yang merupakan anggota polis di Balai Polis Pinrang.
Ketika serbuan dibuat, memang terbukti kedua-duanya berada di dalam bilik tersebut. Kekasih isterinya yang terkejut melarikan diri dengan hanya memakai kain batik. Dia juga dikatakan telah meninggalkan pakaian seragam dan motosikal Yamaha Nmax berwarna merah maroon.
Menurut adik kandung ER, perbuatan kakaknya yang curang sebenarnya sudah diketahui ahli keluarga. Malah ini bukanlah kali pertama kakak buat hal. Sebelum ini kekasih kakaknya sudah diberi amaran supaya menjauhkan diri tambahan pula kedua-dua berstatus isteri dan suami orang.