Trending

Lelaki Cuba Terjun Tingkat 11 Tertekan Tiada Pekerjaan, Hidup Sebatang Kara

Published on

Viral di media sosial rakaman video menunjukkan seorang lelaki cuba terjun dari tingkat 11 pangsapuri untuk membunuh diri.

Kejadian yang berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur itu dilaporkan berpunca daripada tekanan akibat tiada pekerjaan dan hidup sebatang kara.

Memetik laporan Harian Metro, orang awam yang cemas melihat kejadian berjaya menyelamatkan lelaki berusia 25 tahun itu daripada keluar daripada tingkap rumah berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 11 pagi.

Dia cuba membunuh diri kerana mengalami tekanan emosi disebabkan tiada pekerjaan dan hidup sebatang kara.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 309 kerana mencuba melakukan kesalahan membunuh diri.

Lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk tindakan selanjutnya. Siasatan awal mendapati dia berasal dari Ipoh Perak dan tinggal di rumah rakan.

Kredit: Harian Metro , Jabatan Netizen Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version