Nur Sajat, usahawan sensasi yang sering menjadi tumpuan netizen apabila baru-baru ini sering kali memuat naik hantaran gambar menayang bentuk tubuh badannya di laman Instagram.
Menerusi hantaran gambar tersebut, Sajat dilihat menggayakan pakaian dalam wanita atau bikini.
Malah, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman turut membuat gaya-gaya posing yang mengghairahkan.
Dalam pada itu, perkongsian usahawan sensasi itu telah mengundang perhatian warga netizen dan meninggalkan pelbagai reaksi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengatakan usahawan transgender terlalu ‘try hard’ untuk kelihatan seperti seorang wanita.
Bukan itu sahaja, mereka turut menasihati Sajat untuk segera bertaubat memandangkan dia baru sahaja pulang dari Tanah Suci.
Sedikit info, sebelum ini status agama Sajat pernah menjadi persoalan netizen dan usahawan itu mengambil keputusan untuk tidak menjawab soalan berkenaan.