Menerusi laman Utusan, kejadian yang berlaku pada jam 11 pagi itu telah menyebabkan seorang lelaki melecur sebanyak 80 peratus di bahagian badan dan dua orang lagi cedera 30 dan sembilan peratus.
Punca kebakaran masih belum diketahui
S. Thirugaiyah Saminathan, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur menyatakan, pihak bomba terus bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan pada jam 11.26 pagi tadi.
Sebaik sahaja tiba di lokasi, terdapat kebakaran melibatkan sebuah kotak suis yang berada di kawasan tapak pembinaan.
Bagaimanapun, api telah padam setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian.
Mangsa kejadian kini sudah dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan. Punca kebakaran masih belum diketahui dan dalam siasatan.