Trending

Kos Haji Diumum Awal Tahun Depan Dan Dijangka Meningkat?

Published on

Rukun Islam yang kelima adalah mengerjakan haji bagi sesiapa yang berkemampuan dan pastinya seluruh umat Islam ada niat untuk menunaikannga sekali seumur hidup, betul tak?

BACA : Bakal Jemaah Haji Akan Terima Vaksin Pfizer Dan AstraZeneca Sahaja

Menurut laporan Kosmo, kos bagi mengerjakan haji akan diputuskan dalam kabinet bagi membolehkan bakal jemaah haji membuat persiapan dan ianya akan diumumkan sebelum Januari tahun depan.

Kerajaan akan meneruskan subsidi seperti biasa kepada jemaah haji, tetapi dengan kadar dan jumlah bergantung kepada kemampuan kewangan Tabung Haji dan ianya dikatakn sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Ini secara tidak langsung akan meningkatkan kos haji. Selain itu, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) baharu seperti bilangan individu di dalam hotel juga mempengaruhi.

Antara sebab kos haji ditingkatkan adalah untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang hanya dibenarkan dua orang sahaja dalam satu bilik dihotel yang dulunya boleh dikongsi enam hingga tujuh orang.

Apapun, bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk pergi ke sana walaupun harganya dikatakan akan meningkat. 

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Exit mobile version