Tentunya kita berasa bangga dengan pencapaian atlet-atlet negara yang telah berhempas pulas untuk mencapai kemenangan demi mengharumkan nama negara.
Muatnaik foto bersama pingat
Antara atlet yang menyumbang pingat buat negara ialah Muhammad Erry Hidayat, yang cemerlang dalam kategori 73 kilogram (kg) sukan angkat berat dan telah memenangi pingat perak.
Terbaru, atlet angkat berat negara itu berkongsi fotonya yang sedang baring bersama-sama pingat yang dimenanginya.
Saya dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dengan jurulatih yang hebat dan tak lupa yang sentiasa memberiku doa yang tak henti iaitu ibu bapa.
Wanita gersang memenuhi ruangan komen
Namun, terdapat perkara yang kurang enak untuk dilihat apabila hantaran dimuat naik Erry Hidayat itu dibanjiri dengan komen-komen yang agak menjijikkan.
Menerusi ciapan dibuat Jabatan Netizen Malaysia, dapat dilihat terdapat beberapa komen berbentuk gangguan seksual ditinggalkan di ruangan komen hantaran atlet angkat berat berkenaan.
Lebih mengejutkan ialah, komen-komen berbentuk seksual itu ditulis golongan wanita yang merupakan isteri orang.
Perempuan ke lelaki, sama je gatal
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan segelintir wanita tersebut yang dilihat seakan tidak malu meninggalkan komen sebegitu.