Seorang pengantin wanita di Jakarta Indonesia menahan malu akan aksi suaminya yang mengucup pipinya berkali-kali. Aksi itu mendapat perhatian netizen kerana geli hati melihat gerak-geri pengantin lelaki tersebut.
Video TikTok pengantin wanita Indonesia ini mendapat perhatian kerana aksi lucu suaminya. Dia mengatakan sehari selepas mereka bernikah, mereka perlu berpisah kerana suaminya perlu bekerja di bandar.
Menyifatkan suami aktif
Wanita tersebut menyifatkan suaminya sebagai seorang yang aktif kerana sering mengucup pipinya ketika bergambar. Suaminya berpelakuan sebegitu kerana mereka akan melakukan perkahwinan jarak jauh selepas sehari bernikah.
Komen-komen netizen di instagram bucinstory.wa juga semuanya ada yang terhibur dan ada yang merasakan kesepian kerana tidak mempunyai pasangan.
Netizen semuanya terhibur melihat video itu dan ada beberapa komen netizen yang agak sedih seperti “Jomblo kemna nih larinya” bermaksud yang tidak mempunyai pasangan harus kemana?
Pelbagai ragam netizen yang membuatkan pengantin perempuan menyatakan bahawa semua yang mereka lihat itu tidak semanis yang disangka kerana mereka akhirnya akan berpisah demi pekerjaan suaminya.
Untuk yang bakal berkahwin dan akan menjalani perkahwinan jarak jauh, anda dah bersedia ke?