Trending
“Kita Jangan Menghina..” – Bonda Rozita Beri Respon Dakwaan Netizen Mengenai Suami
Usahawan berjaya, Bonda Rozita Ibrahim tampil memberi respon tegas terhadap komen netizen yang mendakwa suaminya hanya “cuci kaki” selepas berkahwin dengannya.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Rozita menegaskan bahawa kekayaan manusia hanyalah pinjaman, dan tiada siapa berhak menghina orang lain berdasarkan darjat atau harta.
Ada netizen komen, ‘untunglah dapat suami yang cuci kaki.’
Pada saya, kita jangan menghina sebab tiada sesiapa yang kaya di muka bumi ini.
“Yang kaya cuma Allah” – Bonda Rozita
Menurut Rozita lagi, semua manusia adalah miskin di sisi Allah SWT dan segala kekayaan hanyalah pinjaman semata-mata.
Kata guru saya, semua manusia adalah miskin termasuk saya.. maksudnya yang kaya hanya Allah sahaja.
Dia turut menjelaskan bahawa suaminya juga melalui takdir dan rezeki tersendiri, dan kekayaan dirinya hari ini bukan miliknya sepenuhnya.
Kalau nak kata suami saya ‘cuci kaki’, saya pun tidaklah kaya… kaya pun sebab atas izin Allah.
Nasihat pedas untuk netizen yang suka menghina

Rozita turut menitipkan pesanan penuh makna kepada netizen supaya tidak bersikap sombong dengan kekayaan dan tidak menghina orang lain yang dianggap kurang berada.
Saya tahu macam mana azabnya menjadi orang miskin.
Jangan hina orang, kesian dekat diri sendiri sebab hati itu berpenyakit.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM