Trending

Kertas Siasatan Majlis Kahwin Neelofa Diserahkan Kepada TPR

Published on

Ekoran dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), pihak polis telah membuka kertas siasatan menyiasat majlis perkahwinan selebriti popular, Neelofa dan Haris Ismail.

Difahamkan, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

BACA: Sudah Berminggu, Netizen Kecewa Siasatan Majlis Nikah Neelofa Langgar SOP Masih Berjalan

Dalam perkembangan terbaru, Harian Metro melaporkan kertas siasatan sudah dihantar semula kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya ketika ini sedang menunggu arahan daripada TPR untuk tindakan selanjutnya.

Kita hantar semula kertas siasatan semalam selepas membuat beberapa pernambahan mengikut arahan pihak berkenaan sebelum ini.

Beliau yang dihubungi Harian Metro berkata perkembangan lanjut berkenaan kes itu akan dimaklumkan kemudian.

Terdahulu, netizen mempersoalkan majlis perkahwinan selebriti popular Neelofa yang dikatakan tidak menjaga penjarakan sosial dan mengabaikan pemakaian pelitup muka.

Berikutan itu, netizen menggesa tindakan sewajarnya diambil untuk dijadikan pengajaran.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version