Lapan tahun yang lalu, kita dikejutkan dengan satu tragedi melibatkan kehilangan pesawat penerbangan MH370 yang menggemparkan negara.
Kehilangan pesawat MH370 itu pastinya memberikan kesan yang amat mendalam terhadap ahli keluarga mangsa yang saban hari menantikan jawapan dan berharap agar misteri kehilangan pesawat itu akan terjawab.
Namun, sehingga ke hari ini, misteri mengenai kehilangan pesawat itu masih belum terjawab dan menimbulkan tanda tanya dalam ke mana hilangnya pesawat penerbangan itu.
Kenderaan dipercayai milik mangsa nahas MH370
Tular di media sosial satu video yang dikongsi pengguna TikTok yang menunjukkan sebuah kenderan yang lama tersadai dan berdebu di ruang parkir KLIA.
Kenderaan yang penuh disaluti debu itu dipercayai merupakan kepunyaan kepada salah seorang mangsa nahas MH370 kerana ia telah tersadai selama kurang lebih 7 ke 8 tahun. Dapat dilihat kenderaan itu juga di’clamp’ kerana sudah terlalu lama diparkir di situ.
Sewajarnya dimuziumkan kenderaan itu
Video yang dikongsikan pengguna yang menggunakan nama YourJiranStory itu mendapat respon dari warganet. Ada di antara mereka menyarankan agar kenderaan mangsa-mangsa nahas MH370 dimuziumkan sekiranya tidak dituntut ahli keluarga bagi mengenang peristiwa yang menggemparkan negara itu.
Dikesempatan ini, kami di team Oh! Media mendoakan agar misteri kehilangan pesawat penerbangan MH370 ini terungkai dan terjawab.