Pempengaruh, Haqiem Stopa di Mahkamah Majistret Selayang hari ini mengaku tak bersalah di atas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas teman wanitanya dalam dua telefon bimbit miliknya.
BACA: Simpan Gambar Dan Video Lucah Bekas Kekasih, Haqiem Stopa Berdepan Penjara Maksimum 3 Tahun, Denda
Terdahulu, Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar ditahan reman selama beberapa hari selepas pihak polis menerima laporan mendakwa influencer berkenaan mengugut mahu menyebarkan gambar lucah mangsa.
“Perempuan punya pasal keburukan kau semua tersebar”
Terbaru, seorang wanita dipercayai kakak kepada Haqiem mendakwa adiknya itu telah menjadi mangsa aniaya. Menerusi beberapa perkongsian video di TikTok, wanita itu memberi sokongan kepada Haqiem dan menegaskan kebenaran akan terbongkar juga.
Menurut wanita ini, inilah harga yang perlu dibayar apabila seorang lelaki terlalu bodoh tergila-gilakan perempuan sehingga dia dijatuhkan sebegitu rupa. Tak mahu menyebelahi sesiapa, wanita ini bagaimanapun mengaku yang salah tetap salah.
Kakak dakwa tahu hal sebenar
Namun, dia tak sangka wanita yang pernah bertakhta di hati adiknya itu sanggup buat begitu. Wanita ini juga mempersoalkan mengapa ‘mangsa’ tak bincang hal besar ini dengan keluarga terlebih dahulu sedangkan hal-hal lain boleh je disampaikan kepadanya.
Kredit: TikTok @ladyspaint86
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.