Di TikTok, viral rakaman video menunjukkan seorang lelaki duduk sambil termenung di kilang tempat kerjanya.
BACA: Kekasih Curang Gara-Gara Kerja ‘Rider’, Lelaki Luah Rasa Kecewa
Menurut pengguna TikTok @fadjir, rakannya itu tidak jadi bertunang selepas kekasih memutuskan hubungan mereka dua minggu sebelum majlis.
Punca wanita itu menarik diri di saat akhir dipercayai kerana berubah hati memilih lelaki yang lebih berjaya berbanding rakannya.
Menurut pengguna TikTok ini lagi, rakannya itu cuba untuk nampak gembira di depan orang namun apabila bersendirian dia kerap termenung jauh.
Sudah dua hari berlalu, rakannya ini langsung tidak meluahkan apa yang dirasainya sebaliknya cuba untuk kelihatan ceria di depan rakan sekerja.
Setakat ini perkongsian video telah mendapat lebih 1.5juta tontonan. Ramai yang memberikan kata-kata semangat semoga lelaki tersebut jumpa jodoh yang menerima dirinya seadanya.
Kredit: TikTok @fadjir
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.