Terkini! Bernama dalam kemaskini terbaru mereka menulis bahawa tiada rakyat Malaysia yang terlibat atau menaiki pesawat Siriwijaya Air yang dilaporkan terhempas sebentar tadi.
BACA: (Terkini) Pesawat Siriwijaya Air Boeing 737-500 Disahkan Terhempas
Bernama mendapat maklumat ini dari kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta yang mengesahkan tiada warga negara Malaysia dalam nahas di perairan Kepulauan Seribu, Indonesia.
Pesawat jenis Boeing 737-500 itu membawa 62 penumpang termasuk anak kapal, 46 orang dewasa, 7 kanak-kanak dan 3 bayi.
Walaupun petang tadi dilaporkan telah menemui serpihan pesawat termasuk cebisan daging, misi mencari titik pesawat terhempas masih giat dilakukan.
BACA: Serpihan Pesawat Dijumpai Nelayan, Sriwijaya Air Disyaki Terhempas?
Kredit: Bernama
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.