Lelaki yang pernah ditahan di atas dakwaan mempromosikan aktiviti persundalan di aplikasi X, Ikhwan Arif akhirnya bersuara selepas dikecam muncul di segmen podcast bersama Youtuber terkenal.
Menurut Ikhwan Arif, gambar tular menunjukkan dia bersama Youtuber Bros Gang TV hanyalah gambar semata-mata. Katanya, mereka tak ada rekod video podcast pun.
Main game je, tak rekod video
Jelasnya lagi, mereka memang berkawan dan Bros Gang menjemputnya pada hari kejadian untuk melepak dan main permainan video je.
Janganlah awak-awak semua nak memberi andaian atau fitnah benda yang tanpa kesahihan ya. Bila benda tanpa bukti, tanpa kesahihan dah jatuh fitnah. Betul tak?
Lelaki berumur 32 tahun ini berkata lagi, janganlah disebabkan sekeping gambar, ramai yang menganggap Bros Gang cuba mempromosikan aktiviti tak bermoral seperti zina.
Malah, dia berpendapat gambar mereka langsung tiada unsur zina. Mereka tidak bergambar dengan wanita atau berpakaian menjolok mata.
Dikecam tak tahu malu
Sementara itu, Ikhwan Arif turut menjawab kritikan netizen bahawa dia ‘tak tahu malu’ apabila muncul di khalayak ramai selepas kontroversi menjijikkan.