Trending

“Kebodohan Bermula Di Sini” – Gambar Lama View Chin Dan Ah Moi Undang Perhatian Netizen

Published on

Beberapa hari ini berita membabitkan influencer TikTok, View Chin yang didakwa curang bersama stafnya sendiri menjadi tular dan hangat.

BACA: Serius Nak Kahwin, View Chin Dedah Punca Tertarik Dengan Mira

Terbaru bekas isteri View Chin, Ah Moi memuat naik video memaparkan gambar-gambar lama mereka telah menarik perhatian ramai.

Gambar lama View Chin Ah Moi

Video tersebut telah dimuat naik menerusi TikTok Ah Moi dan menunjukan gambar mereka sedang bercinta dan bersama anak-anak sejak tahun 2015.

Walau bagaimanapun, ruang caption Ah Moi yang mengatakan dirinya ‘bodoh’ kerana mencintai bekas suaminya membuatkan rata-rata netizen berasa sedih dan kasihan.

Kebodohan saya bermula dekat sini.

Menjengah ke ruang komen, ramai antara warganet memberikan kata-kata semangat buat wanita tersebut di samping mendoakan kebahagiaanya.

Semoga Ah Moi terus kuat!

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version