Connect with us

Oh! Media

“Kalau Saya Keluarkan, Masak Dorang” – Noh Dakwa Mizz Nina Tak Izin Musa Panggilnya Bapak

Mizz Nina 3

Oh! Artis

“Kalau Saya Keluarkan, Masak Dorang” – Noh Dakwa Mizz Nina Tak Izin Musa Panggilnya Bapak

Hari ini merupakan hari kedua prosiding hak penjagaan anak angkat di antara penyanyi Noh Salleh dan bekas isterinya, Mizz Nina.

Difahamkan, masing-masing mahu mempertahankan hak dan mengaku mempunyai surat daripada ibu kandung yang memberi izin kepada mereka untuk menjaga Musa.

BACA: “Benda Gaduh-Gaduh Dari Mereka, Kami Dari Awal Nak Selesai Cara Baik” – Noh Salleh

IKLAN

Noh dalam temubual berkata hakim telah bersetuju untuk menarik semula kes yang dikemukakan Mizz Nina dengan kos.

Noh
Kredit foto Harian Metro

Meluahkan rasa keliru, Noh berkata, 13 Januari lalu bekas isteri datang ke rumahnya dengan arahan interim menfitnah dia menculik anak mereka.

Noh berkata, dia sudah bersedia dengan segala dokumen untuk menjawab dakwaan itu namun kes secara tiba-tiba ditarik balik.

Obvious tak dia macam, apa dia buat ni? Apa yang Nina takut sangat dengan bukti yang kitaorang ada sekarang ni? Saya tak sempat nak keluarkan, kalau saya keluarkan. Masak dorang. Daripada awal kita dah rasa, sebelum dia kahwin dengan mamat tu dia tak bagi Musa panggil saya bapak.

Dakwa Noh, Mizz Nina seperti merancang sesuatu dan berusaha untuk memutuskan hubungannya dengan Musa. Mesipun hanya anak angkat, penyanyi ini berkata dia sangat menyayangi anaknya itu.

Di atas sebab kebajikan Musa, Noh bersedia untuk datang ke mahkamah seperti yang dituntut bekas isteri.

Kredit: Instagram OhBulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas