Tampil menyatakan pendiriannya terhadap isu kanabis untuk perubatan di Malaysia, YB Syed Saddiq telah hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi memberi sokongan kepada penyanyi Mimpi Laila, Yasin Sulaiman.
Terdahulu, penyanyi itu didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium, Mac lalu.
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) May 18, 2022
Syed Saddiq turut berkata undang-undang Malaysia lapuk, ketinggalan zaman dan lebih 70 tahun tidak diperbaharui menyebabkan Yasin dipenjara.
Dalam hantaran lain, Ahli Parlimen Muar itu menyatakan solidaritinya untuk Yasin Sulaiman di mana kerajaan perlu mengiktiraf bahawa banyak pesakit di Malaysia perlu menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan.
Solidariti untuk Yasin
SOLIDARITI UNTUK SAUDARA YASIN
Pada pagi Rabu, 18 Mei 2022, saya telah menghadirkan diri ke sebutan kes saudara Yasin di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Petaling Jaya. pic.twitter.com/Y6uhD1dx5k
Tambahnya, sudah tiba masa negara Malaysia mengikut jejak langkah lebih 40 buah negara di seluruh dunia dalam mengiktiraf kanabis sebagai alternatif perubatan.
Beliau berpendapat pesakit yang terpaksa menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan perlu diberikan kelonggaran yang sewajarnya dengan tujuan penggunaan mereka. Tambahnya, hukuman gantung adalah hukuman yang terlampau berat kepada pesakit.
Dalam pada itu, Yasin yang dilihat ceria berbaju putih sempat mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan ahli kabinet kerana bersetuju dengan kanabis perubatan.