Trending
Kakitangan Awam Sarawak Terima ‘Durian Runtuh’ Dua Bulan Gaji, Pelajar IPT Dapat RM1,200
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg mengumumkan berita gembira untuk menghargai sumbangan dan komitmen anggota perkhidmatan awam Sarawak.
Memetik laporan Harian Metro, kakitangan awam Sarawak akan menerima Bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji, yang akan dibuat pada akhir Disember 2024.
Kakitangan awam Sarawak dapat bantuan khas 2 bulan gaji

BKK dua bulan gaji ini adalah berdasarkan gaji pokok terakhir bulan November 2024. Wah!
Sementara itu, anggota perkhidmatan awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak pula akan menerima BKK sebanyak RM700.
Bayaran akan dibuat secara one-off yang akan dibayar pada suku pertama tahun 2025.
Selain ‘bonus’, kerajaan Sarawak akan melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai Januari 2025.
Elaun khas ikut gred

Sistem ini membabitkan penambaikan dan penyelarasan gaji semua anggota perkhidmatan awam di Sarawak.
Sebagai tambahan kepada penyelarasan gaji dalam SSPA, mulai Januari 2025, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga bersetuju untuk memperkenal dan memberi elaun khas bulanan kepada anggota Perkhidmatan Awam Sarawak berdasarkan gred kumpulan.
Elaun khas bulanan akan diberikan berdasarkan gred kumpulan seperti berikut:
- RM400 untuk kumpulan pelaksana Gred 1-4
- RM500 untuk kumpulan pelaksana Gred 5-8
- RM600 untuk kumpulan pengurusan dan profesional Gred 9-15
- RM700 untuk kumpulan pengurusan tertinggi
Manakala, anak Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara akan wang saku RM1,200 secara one-off, tanpa mengira pendapatan keluarga.
Berita baik ini diumumkan beliau ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam dan jumlah keseluruhan implikasi kewangan bagi kedua-dua insentif BKK itu adalah dianggarkan sebanyak RM190 juta.
#OhmediaNasihat
Bagi pekerja awam, bonus ini bukan sahaja penghargaan, tetapi juga peluang untuk merancang kewangan dengan lebih baik.
Buat pelajar IPT pula, manfaatkan bantuan wang saku ini untuk perkara penting seperti yuran atau perbelanjaan pengajian. Ingat, bantuan ini adalah tanggungjawab besar yang memerlukan pengurusan bijak! Syukur!

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM