Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di sebuah pusat beli belah di Alor Setar dan perkara ini dikatakan sendiri Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.
Selepas menerima panggilan, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar bergegas ke lokasi kejadian bagi bantuan khas.
Anggota mengambil masa enam minit untuk mengeluarkan kaki kanan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dan kerja menyelamat turut dibantu pihak penyelenggara pasar raya itu.
Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan pada ibu jari kaki. Walaubagaimanapun, dia telah dihantarkan ke sebuah hospital untuk menerima rawatan.
Diharapkan kepada ibubapa diluar sana untuk memantau anak-anak supaya kejadian sebegini tidak berlaku. Malang tidak berbau!