Trending

Isteri Keguguran, Isa Isarb Mengaku Silap Umum Hamil Terlalu Awal

Published on

Youtuber terkenal, Isa Isarb sebelum ini ada memaklumkan isterinya, Lisa Nosra bunting pelamin tidak lama selepas berkahwin.

BACA: “Powerfulnya Isa Ni” – Youtuber Teruja Isteri Bunting Pelamin Lepas Seminggu Kahwin

Namun pasangan ini diuji apabila si isteri disahkan mengalami keguguran kandungan tersebut.

Haritu kita bagitahu mengandung lepastu sekarang ni dah gugur. But it’s okay. We are strong kita akan cuba lagi.

Menerusi satu perkongsian di laman Youtube, Isa dan isteri mengaku sedih tetapi akan berusaha untuk kuat.

@isarbclan

Lisa gugur guys.. sama ii kita doakan mereka guys #isarbmansion #isarbclan

♬ original sound – ISARBCLAN2 – ISARBCLAN2

Lisa juga mengaku melakukan kesilapan apabila mengumumkan mengenai kehamilan terlalu awal.

Perasaan I sedih la tapi itu adalah mistake kita disebabkan kita post awal.

Isa berkata, dia berkongsi kerana terlalu teruja melihat keputusan dua garis di alat ujian kehamilan.

Malah, dia baru tahu tidak boleh berkongsi hal tersebut terlalu awal selepas membaca komen-komen daripada netizen.

Mereka mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

Kredit: TikTok Isarbclan2

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version