Dah menjadi lumrah untuk seseorang itu menjalin perasaan cinta terhadap seseorang yang diminatinya namun, apakah pandangan dan tindakan korang sekiranya rakan atau kenalan korang tu menyukai dan bermain cinta dengan abang ipar mereka sendiri?
Menurut individu tersebut, sikap abang iparnya yang sangat bagus sebagai suami kepada kakaknya membuatkan dirinya sanggup untuk datang tidur di rumah kakaknya hanya semata-mata ingin melihat abang iparnya itu.
Dia perfect husband ever min. Cara dia bergurau dengan kakak aku pun aku cemburu.
Kadang tu aku sengaja je datang tidur rumah kakak aku sebab nak tengok abang ipar.
Bukan itu sahaja, individu itu juga mendedahkan bahawa dia pernah berpura-pura sakit hanya kerana ingin diurut abang iparnya namun tidak diendahkan.
Pernah sekali tu aku sakit-sakit bahu nak dia urutkan, sekali dia suruh kakak urut dan dia buat tak tahu.
Apa patut aku buat nak buang perasaan ni? Aku tahu salah tapi aku dah tersuka dia.
Di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati individu tersebut untuk mengawal perasaannya supaya tidak berlaku pergaduhan sesama adik-beradik kelak.