Trending

Imam Besar Masjid Putra Mohon Maaf Beri Reaksi Keterlaluan Isu Video Viral

Published on

Imam Besar Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim tampil memohon maaf kepada seluruh umat Islam susulan video penjelasan yang dibuatnya baru-baru ini berkaitan isu layanan berbeza kepada jemaah di Masjid Putra.

BACA:“Datang Jumpa Saya Dulu Minta Maaf” – Imam Besar Masjid Putrajaya Tak Redha Video Tersebar

Video rakaman berdurasi 1 minit dan 27 saat itu dikongsi di laman Facebook Masjid Putra Putrajaya kira-kira jam 10.25 malam tadi.

Dalam rakaman itu, beliau mengaku reaksi yang dibuatnya berhubung isu viral dilihat agak keterlaluan. Beliau dengan rendah hati memohon maaf di atas keterlanjuran yang telah dibuat.

Dalam pada itu, beliau turut berazam dan berjanji akan memperbaiki keadaan terutama berkaitan prosedur operasi standard (SOP) di masjid tersebut.

Beliau mengajak semua khasnya jemaah masjid itu untuk teruskan aktiviti pengimarahan sama ada solat Jumaat atau solat fardu dan program yang akan dianjurkan kelak.

Meninjau ke ruangan komen perkongsian itu, orang ramai dilihat menyambut baik permohonan maaf dan turut sama memberi peringatan sebagai Muslim.

Orang ramai berharap kejadian yang berlaku dapat memberi hikmah dan membawa kebaikan kepada jemaah-jemaah di masa akan datang.

Kredit: Masjid Putra Purtajaya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version