Trending

Hujan Lebat Dan Ribut Petir Melanda 3 Negeri Hingga Tengah Hari Ini

Published on

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda tiga negeri pagi ini setelah diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

BACA: Ini Tindakan JPJ Bagi Mengurangkan Kesesakan Di Sekitar Lembah Klang Pada Waktu Puncak

Menurut Kosmo, MetMalaysia menyatakan bahawa keadaan cuaca di tiga negeri tersebut dijangka akan berlarutan sekurang-kurangnya sehingga jam 12 tengah hari ini.

Negeri yang terlibat ialah di Perlis, Kedah (Langkawi) manakala di Johor (Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm)/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Tambah MetMalaysia lagi, amaran ribut petir yang dikeluarkan merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Untuk info, seramai 55 mangsa dari beberapa buah kampung dan taman perumahan di Gurun, Kedah terjejas susulan banjir kilat akibat hujan lebat pada 2 Jun lalu.

Setakat pukul 8 pagi semalam, jumlah mangsa yang terlibat terus meningkat kepada 910 orang dan seramai 219 keluarga yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Kredit: Kosmo Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version