Trending

Hishammuddin Sahkan Pesawat Hawk 108 Terhempas, Seorang Anggota TUDM Terkorban Dan Seorang Lagi Cedera

Published on

Sebentar tadi kami ada kongsikan gambar kejadian pesawat Hawk 108 yang terhempas di Pengkalan Udara Butterworth. Insiden yang berlaku pada jam 10 malam itu disahkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Seorang anggota TUDM juga disahkan terkorban dan seorang lagi anggota cedera. Hishammuddin memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang meninggal dan seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini.

Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan segera. Kementerian Pertahanan Malaysia telah diarah untuk salur apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat

Kredit: Facebook Hishammuddin Hussein

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Exit mobile version