Bermula 1 Julai yang lalu, kebanyakan harga barangan yang dijual di pasaran meningkat naik dan subsidi barangan seperti minyak masak juga ditarik balik.
Menerusi ciapannya itu, Fedtri memuat naik satu gambar potongan akhbar dengan tajuk ‘Kos Mati Juga Semakin Mahal’.
Menurut keratan akhbar itu, seseorang muslim yang tidak menyertai mana-mana khairat kematian perlu menyediakan wang sekurang-sekurangnya RM2,000 hingga RM5,000 bagi menampung kos pengurusan kematian mereka.
Itulah pentingnya khairat kematian
Perkongsian Fedtri di Twitternya itu mendapat respon dan menjadi bualan dalam kalangan netizen. Rata-rata mereka mula risau dan resah dengan berita itu serta ada juga yang menasihatkan untuk menyertai program khairat kematian bagi memudahkan urusan membabitkan kematian.