Selepas tular dakwaan suami berpoligami, rezeki Umisya Mazlan nampaknya semakin melimpah ruah. Dia dilihat menjadi model untuk jenama tudung dan beberapa produk kesihatan yang lain.
BACA: Respon Isteri Pertama Aslam Bila Tahu Dimadukan Ketika Buat Umrah
Terbaru, menerusi video yang dimuat naik Hejja HQ, wanita ini ditanya mengenai latar belakang pendidikannya. Rupa-rupanya Umisya merupakan pelajar sekolah tahfiz dan pernah belajar di Mesir selama setahun.
Umisya pelajar tahfiz, ada diploma pendidikan
Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia melanjutkan pelajaran peringkat Diploma di Universiti Islam Selangor (UIS) dalam bidang pendidikan.
Belum habis diploma, dia mengambil keputusan untuk berkahwin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sebulan selepas nikah, dia mendapat khabar gembira hamil anak pertama dan membuat latihan praktikal sebagai guru semasa berpantang. Nasib baiklah boleh bekerja dari rumah.
“Bukan calang-calang pilihan Aslam”
Di ruangan komen, netizen memuji Umisya yang rupanya seorang pendidik. Mereka menyarankan wanita ini sambung belajar ke peringkat ijazah disebabkan umurnya masih muda.
Tak kurang juga yang menyindir Aslam berkata, pilihannya bukan calang-calang orang. Difahamkan, Umisya dan Marissa Dania kedua-duanya merupakan bekas pelajar tahfiz.
Kredit: TikTok @hejjahq
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.