Susulan itu, adalah dinasihatkan kepada para ibu bapa untuk sentiasa mengawasi anak-anak mereka sewaktu membawa anak-anak kecil untuk bersiar-siar ataupun bercuti lebih-lebih lagi di kawasan yang sesak supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Detik cemas berlaku depan mata
Itulah yang terjadi kepada seorang usahawan ketika dia membawa beberapa orang pekerjanya bersiar-siar di taman tema Genting Highlands.
Menurut usahawan itu, ketika dia dan tiga orang stafnya sedang beratur untuk bermain ‘roller coaster’, dia ternampak salah seorang staf perempuannya yang sedang menjaga anak kecil sedang dikerumuni dua wanita warga asing.
Difahamkan dua wanita warga asing berkenaan sedang mencuba untuk menculik anak kepada stafnya itu dengan cara menggunakan jampi kepada stafnya, namun tidak berjaya.
Melihat kejadian itu, suami kepada stafnya itu pantas berlari ke tempat kejadian dan melaporkan perkara itu kepada pihak pengurusan yang bertugas di taman tema berkenaan.
Berhati-hati semua
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap individu tersebut yang pantas bertindak menyelamatkan keadaan dan meminta agar orang ramai sentiasa berhati-hati.
Macam-macam sekarang ni, semoga kita semua sentiasa berhati-hati dan terhindar daripada perkara macam ni.