Sebelum ini kami ada melaporkan yang pasangan bawa bayi 11 bulan dengan alat pernafasan naik motosikal itu dipercayai sudah menghilangkan diri selepas pihak media cuba menghubungi mereka namun tidak menjawab dan mematikan panggilan.
BACA: Pasangan Bawa Bayi 11 Bulan Guna Alat Pernafasan Sudah Hilangkan Diri
Bukan tu jer, ada juga dakwaan yang mengatakan mereka ini membeli barangan kemas berharga RM20,000 hasil daripada duit bantuan. Biar betul?
Terbaru! Menurut laporan Kosmo, lelaki itu Mohd. Azlan Ishak menafikan dakwaan pasangannya, Norhidayu Halim membeli barangan kemas berharga RM20,000.
Saya cuma bagi duit dan minta bakal mentua belikan cincin emas untuk Norhidayu bagi urusan pernikahan kami. Harga cincin itu cuma RM800 tak sampai ribu-ribu sebab kami sedar kami tak layak nak pakai emas yang mahal.
Ada juga dakwaan yang mengatakan mereka telah menerima sumbangan sebanyak RM200,000. Walau bagaimanapun, Azla berkata dia masih belum menyemak akaun bank yang orang ramai salurkan bantuan.
Saya pun tak periksa lagi akaun bank, buat apa nak periksa kerana duit sumbangan orang ramai masih ada pada tangan jadi gunakan yang itu dulu.
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.