Trending

Graduan ‘Bersilat’ Ambil Skrol Atas Pentas, Naib Canselor ‘Sporting’ Buat Netizen Teruja

Published on

Siapa je tak gembira semasa hari Konvokesyen kan? Haa, baru-baru ni tular di media sosial, netizen teruja melihat sebuah video yang memaparkan graduan dari Universiti Selangor (Unisel) membuka silat semasa ambil skrol di atas pentas.

BACA: Majlis Konvokesyen Di Jepun Menarik Perhatian Seluruh Dunia, Ganti Graduan Dengan Robot!

Video tersebut telah dikongsikan di TikTok Teacher Hadi, korang dapat tengok sendiri graduan yang bernama Haiqal dengan beraninya membuka langkah silat di hadapan Naib Canselor selama beberapa minit di atas pentas.

Persembahan itu dapat disaksikan oleh semua tetamu kehormat, termasuk barisan ibu bapa dan penjaga yang hadir pada hari yang penuh bermakna buat para graduan di Unisel.

@swimiss.academy Naik Syeikh baiii.. ha ha ha #uniselawesome #uniseltiktokchallenge2022 ♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

Bukan je pelajar tersebut yang sporting, tapi Naib Canselor pun sama sebab beliau ikut menjunjung sijil graduan sambil memberikan senyuman yang lebar buat para tetamu yang hadir. Memang best lah!

Netizen yang menonton video itu pun semuanya berasa bangga dengan aksi yang ditunjukkan oleh Haiqal.

Nasib baik Canselor tak naik sheikh

Perjuangan nak dapat sehelai kertas

Mengalir air mata tengok Haiqal

Semua bersorak

Simpan balik Ijazah

Kredit: TikTok Teacher Hadi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Exit mobile version