Disebalik kekecohan sabitan yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan wang dana SRC International Sdn. Bhd, kini timbul pula isu mengenai harga gelang tangan yang dipakai anaknya, Nooryana Najwa sewaktu mengiringi ayahnya di perkarangan mahkamah.
Gambar tersebut mula tersebar dan menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen kerana pada ketika itu sedang berlakunya kes perbicaraan Datuk Seri Najib mengenai kes pecah amanah 1MDB semalam.
Tak kena tempat dan masa
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan bahawa adalah sangat tidak sesuai untuk memperagakan beberapa utas gelang tangan mahal sewaktu kes perbicaraan tersebut.
Betul sangat apa yang netizen cakap tu. Agak tak sesuai untuk pakai gelang tangan mahal macam tu waktu kes perbicaraan.