Namun, itu bukanlah satu tiket untuk kita meletakkan kenderaan kita secara ‘double park’ sesuka hati tanpa meninggalkan sebarang maklumat untuk dihubungi pengguna kenderaan yang lain.
Kereta viva ‘double park’
Itulah yang terjadi kepada sebuah pemilik kereta Perodua Viva yang memarkir kenderaannya secara ‘double park’ di hadapan sebuah klinik.
Tindakannya itu telah menyebabkan pemandu kenderaan jenis Mercedes berwarna hitam mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kenderaanya daripada petak parkir.
Cemin sisi pecah, nombor plat hilang
Setelah berhempas pulas mengeluarkan kenderaannya, pemandu kenderaan hitam tersebut kemudiannya bertindak memecahkan cermin sisi Perodua Viva tersebut disamping turut mencabut nombor plat kenderaan tersebut.
Namun, tindakan pemandu Mercedes yang merosakkan kereta Viva tersebut dikecam warganet kerana perbuatannya itu juga salah di sisi-sisi undang kerana telah merosakkan harta benda awam.
Bagi pengajaran sikit
Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang menyokong tindakan pemandu kereta Mercedes itu bertujuan sebagai pengajaran untuk mereka yang suka meletakkan kenderaan sesuka hati.