Connect with us

Oh! Media

Fattah Amin Akhirnya Umum Tarikh Kahwin Dengan Amira Othman

Fattah Amin Amira Othman

Trending

Fattah Amin Akhirnya Umum Tarikh Kahwin Dengan Amira Othman

Fattah Amin buat kejutan umum tarikh kahwin.

Pelancaran lagu duet Amira dan Irfan Haris, Rasa & Takdir bertukar gempar apabila Fattah Amin muncul mengejut di pentas dan terus mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025.

Menurut laporan Kosmo, kemunculan penuh dramatik itu mengejutkan ramai apabila Fattah tiba dari belakang pentas, lalu menyambung bait terakhir lagu dengan penuh emosi.

Fattah Amin bikin kejutan, umum tarikh kahwin!

Fattah Amin Amira Othman Kahwin

Detik itu bertambah bermakna apabila Irfan Haris menyerahkan kunci kepada Fattah, tanda simbolik penyerahan tanggungjawab seorang lelaki, sebelum kunci itu diberikan kepada Amira sebagai tanda restu sahabat baik.

IKLAN

Acara penuh emosi itu turut disaksikan ibu bapa Amira, Othman Abdul Kadir, 62, dan Nora Haji Arshad, 58, yang duduk di barisan penonton sambil menerima sorakan gemuruh hadirin.

Pilih tarikh istimewa

Fattah Amin Amira Othman

Difahamkan, pasangan ini memilih tarikh 14 September 2025 bersempena ulang tahun kelahiran pelakon drama popular Suri Hati Mr. Pilot itu sendiri.

Sebelum ini, media sosial pernah kecoh dengan khabar angin Fattah bakal menamatkan zaman dudanya selepas seorang pengguna Threads, Kimchikims_, mendedahkan maklumat tersebut daripada sumber dipercayai.

Pssttt! Kadang-kadang jodoh hadir dengan cara yang tak disangka. Bila hati sudah pasti, restu keluarga dan doa sahabat menjadi kunci kebahagiaan. 

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas