Oh! Artis

Fatin Afeefa Dikutuk Leher Berbelang Dengan Netizen Sampai Menangis Dalam Live

Published on

Orang kita ni memang banyak masa tak kesah PKP atau tidak, ada jer nak kutuk orang lain. Mungkin sebab rasa diri tu sempurna sangat sampai ada yang sanggup mengutuk penampilan orang lain. Kali ni pelakon Fatin Afeefa pula dikutuk sampai menangis orang tu dalam live.

BACA: Peminat Tergamak Hantar Gambar ‘Siput Sedut’, Fatin Afeefa Report Polis

Situasi Fatin dikutuk netizen itu dikongsikan seorang pengguna TikTok @mimilolayyy ketika Fatin tengah buat tutorial makeup. Mimi kemudian terkejut melihat komen dari netizen yang memerli leher Fatin yang dilihat seakan bergaris dan berbelang.

Dia menangis je sepanjang live. Kenapa kejam sangat?

Dalam video itu, Fatin dilihat menangis dan hilang mood untuk berkongsi skill makeup.

Dia (Fatin) cakap, kalau dia ada duit dia pergi betulkan leher dia tu. Dengan aku sekali menangis. Why yall being so mean to her?

@mimilolayyy @fatinafeefa8 i love you sm🤍 takmo nangis . Ur cantik and perfect ! Ignores je mulut orang!!! #fyp #foryoupage #fypage #fatinafeefa #stopbullying #insecurities ♬ original sound – GIGITHADID

Kita kena ingat yang orang selebriti juga manusia yang punya hati dan perasaan. Kalau nak tegur bukan dengan memerli dan secara terbuka sampai memalukan. Berilah nasihat dengan cara yang baik.

Mana ada berkerak. Cantik je…

Memang ada orang macam tu, sebab genetik..

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Exit mobile version