Connect with us

Oh! Media

Empat Pelajar Disyaki Terbabit Kes R*gol Di Melaka Dibenar Ambil SPM November Ini

Ohmedia fadhlina Sidek

Trending

Empat Pelajar Disyaki Terbabit Kes R*gol Di Melaka Dibenar Ambil SPM November Ini

Menteri Pendidikan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis. Suspek dibenar ambil SPM.

Hangat diperkatakan sejak semalam kejadian mengejutkan di Melaka membabitkan empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal menduduki peperiksaan tak lama lagi.

Suspek yang kini ditahan polis disyaki terlibat dalam kes perk*sa seorang pelajar perempuan di dalam kelas dalam kawasan sekolah.

BACA: Kes Pelajar Jadi Mangsa Rog*l Di Sekolah, Dr Radzi Tuntut Penjelasan KPM Dan PDRM

IKLAN

Terbaru, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi laporan Harian Metro berkata, keempat-empat suspek tetap dibenarkan menduduki peperiksaan SPM yang dijadual bermula 3 November depan.

Siasatan diserahkan sepenuhnya kepada polis

Polis

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan pendidikan pelajar-pelajar berkenaan tidak terjejas walaupun mereka kini sedang berhadapan dengan siasatan pihak berkuasa.

Jelas beliau, tindakan undang-undang terhadap mereka telah diserahkan sepenuhnya kepada polis. Manakala, pihak kementerian memberi tumpuan kepada aspek disiplin, ekosistem sekolah serta sokongan emosi dan psikososial kepada semua pihak terbabit.

Fadhlina turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika membincangkan kes ini kerana ia melibatkan pelajar bawah umur yang dilindungi undang-undang dari segi maklumat peribadi.

Mangsa dapat rawatan dan sokongan psikososial

Spm

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pelajar perempuan yang menjadi mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital serta bantuan psikososial daripada pasukan perubatan.

Kumpulan kaunselor akan memberikan sokongan penuh kepada warga sekolah dan calon SPM kerana sekolah ini antara yang menunjukkan prestasi terbaik di Melaka.

Langkah tersebut, katanya, penting bagi memastikan semua calon SPM dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Pssttt! Keputusan KPM untuk memastikan pelajar terbabit tetap menduduki peperiksaan sememangnya wajar dari sudut hak pendidikan, namun pada masa sama, keadilan untuk mangsa perlu menjadi keutamaan. Semoga pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes ini dengan adil, sementara pelajar-pelajar lain tidak terkesan secara emosi menjelang SPM.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas