Sebelum ini Ebit sudahpun membuat laporan polis dan kini dia mendapatkan khidmat peguam terkenal pula iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader.
Perkara itu dimaklumkan Ebit dalam satu perkongsian di Instagram yang mana peguamnya sudahpun memfailkan saman.
Peguam saya Dato Akberdin telah memfailkan saman fitnah kepada Caprice dan Mondy di Mahkamah Shah Alam tadi.
Caprice sebelum ini turut menyatakan akan menangguhkan dahulu video podcast bahagian kedua di YouTube memandangkan pihak polis sedang melakukan siasatan.