Seorang lelaki warga emas yang sedang menunggu giliran untuk berurusan di kaunter Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seksyen 7, Bandar Baru Bangi ditemui meninggal dunia hari ini. Kesiannya..
Menurut laporan Harian Metro, pihak polis telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.21 pagi tadi dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaidi Hassan.
Kami dimaklumkan lelaki berusia 76 tahun berkenaan tidak sedarkan diri ketika berada di kerusi tempat menunggu di kaunter JPJ berkenaan.
Lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia selepas pihak ambulans tiba di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kajang untuk tindakan lanjut.
Polis juga meminta kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini tampil menghubungi balai polis terdekat.