Trending

Dua Kali Kena Cerai, Wanita Ini Dedah Budak 15 Tahun Punca Rumahtangga Retak

Published on

Dalam setiap perhubungan, kepercayaan dan komunikasi merupakan perkara yang sangat penting untuk mengekalkan keharmonian.

BACA: Suami Pukul Isteri Hingga Tidak Bernyawa Sehari Sebelum Aidilfitri Hanya Kerana Mangsa Dedahkan Kecurangan

Tapi bila dah dapat kepercayaan tu, janganlah pula mengambil kesempatan dengan berlaku curang di belakang pasangan masing-masing.

Suami bercinta dengan remaja 15 tahun

Seperti video viral di TikTok ini, seorang wanita mendedahkan bahawa rumahtangganya retak disebabkan seorang gadis berusia 15 tahun.

Dalam perkongsian itu, wanita ini mendakwa dia sudah dua kali diceraikan dan tetap memberi peluang kepada suami untuk berubah. Namun, suaminya dikatakan kembali berhubung dengan gadis itu dengan alasan bertanya khabar.

Pernah porak perandakan rumahtangga aku. Dari bulan 9/2021 hingga bulan 1/2022, aku maafkan. Laki aku pun masa tu dah dapat balasan. Tapi diam-diam korang contact balik tanya khabar la konon! Bulan Mei 2022 masih berhubung eh, sampai family betina ni cakap aku tak pandai jaga laki ke? Tolong viralkan. Aku penat dah ni.

Wanita ini dikatakan sudah memberi amaran tetapi tidak diendahkan. Setakat ini video telah mendapat lebih 500,000 tontonan di TikTok. Ruangan komen bagaimanapun ditutup.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version