Setelah beberapa hari menjalani kuarantin kendiri di rumah, Dr Noor Hisham yang merupakan Ketua Pengarah Kesihatan akan kembali bertugas di pejabat dan akan mengadakan sidang media tentang berkembangan Covid-19 di KKM hari ini seperti biasa.
Dr Noor Hisham telah mengadakan sidang media di rumahnya sejak 6 Oktober lalu semasa menjalani kuarantin kendiri. Ianya berlaku selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disah positif Covid-19.
Menerusi Harian Metro, hasil keputusan ujian saringan ke atas Dr Noor Hisham didapati negatif. Alhamdulillah, semoga Dr Noor Hisham terus kuat dan berbakti kepada negara kita.